Sunday, April 25, 2010

Bird Park, KL

Photo Improvement Outing, 25 April 2010.

Ini adalah first outing event yang aku join. Dan ini juga first time aku masuk bird park ni. Event ni dianjurkan oleh Abg Adhadi. Beliau merupakan seorang pro photographer. Juga, mempunyai kedai kamera yang teletak di Giant Hypermarkets, Putra Height, Subang Jaya. Ramai juga photographer yang join, tidak kira yang otai dan yang baru-baru nak menceburi cabang seni DSLR ni.

Acara bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada 12.30 tengahari. Banyak juga burung-burung dalam taman ni. Ada yang dalam sangkar dan ade yang dibiar lepas macam tu je.. Pada pandangan mata aku, spesis burung yang ade kat sini tak berapa banyak. Lebih kurang sama je. Warna yang berbeza. Ada burung yang dah tua, botak takde bulu.. Ntah dah berapa tahun dorang ni duduk kat dalam sangkar tu... Kesian juga aku tengok.

Em... Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini adalah pelancong luar negara. Orang tempatan tak berminat ke nak datang sini ek? ataupun dorang dah penah pergi.. Tak kisahlah..

Ini adalah beberapa gambar yang aku shoot masa kat bird park. Gambar selebihnya akan aku upload di facebook sedikit masa lagi..

Semua gambar adalah gambar asli dari kamera aku. Tiada sebarang editing dilakukan.
*D70s + 18-70mm












*Bestnya klu aku ada lens 70-300mm atau lens 50mm, mungkin gambar akan lebih cantik..

Restoran Padi.

Hari ni aku nak review restoran ni. Sajer je g try makan kt sini sbb ade membe wife aku suggest. Dia kate sedap..emmm.. Tempatnye pun takla jauh dari rumah aku. Dalam 15 minit je dah sampai (aku duk putrajaya). Kat sini aku oder makanan barat.. Grill Chicken Chop & air jus. Ni sedikit review..

Lokasi : Cyberjaya
Menu : Western & Chinese style.
Keadaan persekitaran : Ok. Selesa.
Servis : Bagus.
Rasa : Sedap. Puas hatila.
Harga : Biasa.(standard)
Kuantiti : Ni yang aku tak puas hati.. Isi ciput je.. =(





Ha, nampak tak? ayam dia nipis je... comfirm aku tak kenyang. Padahal memang tak kenyang pun.hehe
Lepas je bayar bil, aku pun terus gerak ke Chop & Steak di Sri Serdang. Makan lagi. =) Kat sini aku oder Chiken Combo.


Lepas makan aku trus balik rumah... kenyang sudah =)

Tuesday, April 20, 2010

Butter Prawn with Nestum

Aku ni suka makan butter prawn. Tapi, susah nak dapat yang betul2 sedap kt kedai2 di luar sana. Setakat ni butter prawn yang sedap kt Restoran Intai-Intai di Ulu Klang. Tapi yang paling sedap adalah di Hotel Equatorial, Bangi. Aku makan kt situ masa ada dinner tahun lepas. Memang superb. Disebabkan teringin yang amat sangat nak makan, aku pun try DIY butter prawn ni. Dan hasilnya hampir setanding dengan yang aku makan kat hotel tu..hehe. Mengancam siot...





Nak yang lebih sedap?... Masak sendiri..hahaha

Sunday, April 18, 2010

DIY SoftBox


Ini adalah percubaan pertama aku. Shoot menggunakan softbox yang di buat sendiri. Recycle barang-barang terpakai je. Save budjet. Dalam shoot ni hanya menggunakan 1 flash dan lampu sedia ada je(lampu kalimantang). Pakai pulak kit lens. Kalau ade lensa macro lagi best. Gambar lagi sharp. Inilah contoh gambar yang telah di ambil.





Friday, April 16, 2010

MaSa TerLuaNg...

Salam.
Agak lama juga aku tak update blog ni. Jadi hari aku nak update. Harini nak citer pasal Tai Lung. Tai Lung ni kucing peliharaan aku. Omputih kata Pet. Dah hampir setahun lebih aku bela dia. Umur dia pun dah masuk 2 tahun. Minggu lepas baru lepas injek vaksin dan deworm(ubat cacing) kt Tai Lung. Lokasinya di Klinik Mesra, Putrajaya. Vaksin tu amek sekali setahun, deworm pula 6  bulan sekali. Tai Lung ni manja,kdg2 tgk gaya dia  mcm pondan pn ada..hehehe Dan dia mmg nakal beserta degil. Dah pernah jatuh dari tingkat 3 ni pon tak serik2 lagi duduk kat atas tebing tingkap.(aku duk apartment).hhaiihh... Apapun Tai Lung is da best.








Thursday, April 8, 2010

Lempeng & Sambal Tumis Kering/Goreng

Korang tau ape itu lempeng?
Lempeng adalah sejenis makanan yang dibuat dari tepung gandum.
Sedaaap.... =)
Haritu tetiba je terasa nak makan lempang ni.
Jadi aku pun buat la 5 6 keping untuk makan malam sebagai pembuka selera.
Tapi ia tak lengkap kalau takde pencicah.So, sambal tumis kering/goreng adalah jawapannyer. Kadang-kadang aku buat sambal tumis biasa je.taip yang kering/goreng lagi best.
Inilah hasilnye..



Sunday, April 4, 2010

LEpaK

Haha...hujung minggu melepak kat rumah je.tgk tv,makan dan tido..kadang-kadang main kejar-kejar gan tailung(mlm je sbb siang dia dok tido).Weekend mcm ni tv bkn ade citer yang best pun.remote astro sentiasa ditangan & asik tukar2 channel je.last2 tgk citer industan jugak...hehehe.layan.. =)