Friday, May 21, 2010

Mee Bandung & Sate


Ayer Hitam, Johor adalah salah satu destinasi menarik yang wajib anda singgah bila berkunjung ke Negeri Johor. Dikenali juga sebagai pekan koboi, tarikan utamanya adalah barang-barang tembikar, produk-produk IKS, kraftangan, hiasan rumah, kelengkapan perkahwinan dan macam-macam lagi. Boleh rambang mata dibuatnya. Tapi para pengunjung perlulah pandai tawar menawar bagi mendapatkan harga yang berpatutan dan dingini.

Bile dah puas dan penat memborong di pekan Ayer Hitam, bolehlah singgah di sebuah warung untuk menghilangkan dahaga dan mengisi perut yang lapar. Ayer Hitam Warung Corner. Itulah nama tempatnya. Terletak di pekan, berhampiran dengan Mobil, mee bandung dan nasi ayam adalah menu utamanya. Mee bandung warung ini memang sedap. Rasa sekali mesti nak lagi.



Bersebelahan warung ini ade gerai sate. Man Sate. Rasa sate ini sangat sedap. Segala rasa ramuan perapan dapat dinikmati pada sate. Rasanya dua kali lebih sedap daripada sate kajang. Jadi, jika ke sini jangan lupa oder Man Sate.




Friday, May 14, 2010

Persandingan Ziha & Suami.(tak ingat nama)


Majlis berlangsung di Taman Teratai, Kangkar Pulai, Skudai, Johor. Pengantin perempuan ni kawan wife aku. Jadi aku sajer-sajer je shoot sikit2..
Pada masa ni cuaca memang panas terik. Berpeluh-peluh juga dibuatnya. Tapi, tak lama aku ballik dari kenduri, langit mula gelap dan hujan lebat pun turun..












Tuesday, May 11, 2010

GeLaGaT si Tai Lung

Minggu lepas kan aku balik kampung. Jadi aku bawak skali kucing aku yang gemuk tu. Dia pun dah lama tak merasai suasana kampung.hehe Bile sampai kampung, eksen la dia..buat hal sendiri je. Dah tak hiraukan tuan dia lagi dah.. Tapi risau jugak dia kene belasah dengan kucing mak aku. Dah la kucing kampung tu kaki gaduh...em.. apa pun sumenye selamat. Tiada sebarang aksi-aksi pergaduhan berlaku. Ni ha beberapa gelagat Tai Lung yang sempat aku shoot..









Sunday, May 9, 2010

Murtabak Singapore

Salam..

Jumaat lepas aku balik kg di Ayer Hitam, Johor. Sabtu pula ke JB pergi ke rumah abg dan ade jemputan kenduri kawen.

Tapi entri kali ni aku nak citer pasal Murtabak Singapore. Murtabak ni memang sedap. Last aku makan murtabak ni ade la dalam 3 tahun. Kat KL ni susah nak cari Murtabak Singapore yang sedap.(ade ke kt KL ni).  Takleh tanding yang ni. Wife aku pun teruja je nak makan murtabak ni.hehhe

Kedai Murtabak ni terletak di medan selera berhadapan dgn Pantai Lido dan berdekatan dengan Dataran Johor Bahru. Lagi satu kedai terletak di Kg. Melayu.

*Sorry sebab tak amek gambar kedai.hehe




Sunday, May 2, 2010

BIG BROTHER RESTAURANT & GRILL

Salam...
Hari ni aku nak review sikit tentang restoran ni. Aku dapat tau mengenai restoran ni dari kawan aku. Restoran ni boleh dikatakan baru je bukak. Jadi, aku dan wife dengan pantas pergi jalan2 cari makan kesana.. Restoran ni terletak di Damansara dan mangambil masa 30 minit dari umah aku (kalau jalan tak sesak).

Inilah restoran tu..

Menu utama restoran ni adalah makanan barat. Masa aku tengok menu dia, fuhhh banyak betul pilihan. Pelbagai makanan barat ada. Rambang mata. Tak tau nak pilih yang mana satu. Semuanya nampak sedap. Disamping itu terdapat juga makanan goreng2, contohnya nasi goreng dan mee goreng. Sama juga dengan minuman. Terdapat beraneka jenis minuman...
Lastly, setelah penat membelek buku menu tu, aku pun mengoder Grilled Chiken Chop. Wifey oder Chiken Char Boiled. Air pula Ribena Lychee Soda. Side dish aku oder Herb Garlic Bread dan Mashed Potato.

Grilled Chicken Chop / RM 13.90

Chicken Char Boiled / RM 16.90

Mashed Potato / RM 5.90

Herb Garlic Bread / RM 4.90

Ribena Lychee Soda / RM 7.90

Sambil menunggu menu sampai, aku pun snap beberapa gambar persekitaran restoran ni..ha, tengoklah sendiri.. 






Terlupa pula nak citer pasal rasa makanan yang aku oder tu. Pada lidah akulah, rasa masakan memang sedap. Grilled Chicken Chop yang aku oder tu sangat sedap. Rasa grill dia memang best. Presentation pun boleh tahan. Mashed Potato dia pun rasa lebih sedap. Ntah ape agaknyer yang dia letak.hehe Herb Garlic Bread pun sedap. Suke sangat. Air pun best. Laici dia taruk banyak gile, sampai kan tak larat nak abiskan...
Harga makanan di sini taklah mahal sangat. Pada aku harga standard je bagi hidangan makanan barat. Bil bagi semua makanan yang telah aku oder tu hanya RM 60.25.(termasuk tax dan service charge) Tak mahal pun kan...

Nama Restoran : Big Brother Restaurant & Grill
Lokasi : 3G 3-1 Jalan PJU 5/20 Kota Damansara 47810 Selangor.


* Servis dia bagus. Cepat gak. Cume staff dia je warga asing.. Tu yang tak syok. Kenapa taknak amek pekerja melayu ek?