Sunday, June 20, 2010

Thursday, June 10, 2010

Wana Cafe



Kalau korang ade kesempatan atau pun bercuti ke Teluk Intan, saya rekemen korang pergi makan di Wana Cafe ni. Cafe ni start beroperasi petang dalam pukul 5.. Lokasinya di Rumah Rehat, Teluk Intan. Masakan kat sini memang sedap. Harga pun tidaklah mahal. Jadi kalau pergi ke Teluk Intan, singgah la di Wana Cafe eh.


Saturday, June 5, 2010

Teluk Intan, Perak.


4 - 6 Jun aku berada di Teluk Intan. Wife aku outstation, jd aku ikutla skali. Bandar Teluk Intan ni besar juga. Pusing-pusing kat sini tak akan tersesat.hehe Di sini terdapat juga pusat-pusat membeli belah seperti Pasaraya Giant, The Store dan Billion. Ada juga Pizza Hut, Secret Recepies & McDonald.

Aku nak cerita sikit la pasal asal-usul Teluk Intan ni.. Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini sering mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak dan sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan. Kemudiannya Telok Mak Intan telah ditukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.
Tempat menarik di sini adalah Menara Jam Condong. Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.


Wednesday, June 2, 2010

Happy Birthday Tai Lung!

Tai Lung sudah pun genap usianya 2 tahun. Dah dewasa dah si Tai Lung ni. Tapi bilela nak ada awek ek?hehe Tai Lung semakin pulih dari kecederaannya akibat kejadian yang berlaku pada 3 minggu lepas. Chaiyok2x. Sayang Tai Lung.