Saturday, July 31, 2010

:: Bukit Tinggi :: - day Three

Date : 27/7/10

:: Bukit Tinggi :: - day Two

Date : 26/7/10

Hari kedua di Bukit Tinggi. Di sini aku menginap di Colmar Tropicale Hotel. Aktiviti pada hari kedua adalah berjalan-jalan di Rabbit Farm dan Horse Trail. Best dapat bagi makan kt arnab. Pada hal dulu aku ada ternak arnab masa kt kampung. Kira ni teringat kisah lama la..hehe Kat tempat kuda pula kita boleh buat aktiviti menunggang kuda. Tapi aku cume amek gambar je...hehe Tak penah naik kuda. Seram. =)

Friday, July 30, 2010

:: Bukit Tinggi :: - day One

Date : Ahad -25/07/10

Sempena menyambut hari ulang tahun pekahwinan aku yang ke 2, aku pergi bercuti di Bukit Tinggi, Pahang. Perjalanan dari rumah hanya mengambil masa dalam 1 jam lebih. Tempatnya memang best. Nyaman dan tenang. Jiwa pun tenteram. Pada hari pertama kami menghabiskan masa dengan melawat Japanese Village. Tapi sayang petang tu lebih kurang pukul 6 petang hari hujan sampai la malam...sejuk! Ni ade beberapa gambar. Gambar yang selebihnya ada di FB.

Saturday, July 17, 2010

Ara Kuda trip..

Minggu lepas aku outstation ke Penang. Hal keje, tak dapat nk g jalan-jalan pun...ni ade beberapa pix yg aku sempat snap.






Monday, July 12, 2010

Cheese Cake.


Emmmmm.....nampak sedapkan? Memang sedap pun.hehe Aku adalah seorang penggemar cheese cake. Memang gile la kalau nampak cheese cake ni. Tapi tak la makan selalu menda alah ni..sebab mahal nak beli.. Makan sekali sekala je pun dah kira ok.. Satu hari nanti aku nak try buat kek ni. Resepi dah lama ada, cume tak terbuat je..em...tunggu.... =)

Mood : kekenyangan.baru lepas makan kt Monrod's Kitchen.

Saturday, July 10, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan.

Pada bulan ini iaitu pada 25 Julai merupakan hari ulang tahun perkahwinan aku. Pejam celik sudah dua tahun usia perkahwinan kami. Rasanya baru je aku kahwin. Pantas sungguh masa berlalu..






Picture taken by : Fuad Topa & Idzwan Junaidi
Edited by : Zaidong

Wednesday, July 7, 2010

Resepi Butter Prawn + Nestum


Bahan-bahan :
  1. Udang (klu besar-besar lagi bagus).
  2. Butter.
  3. Daun kari (aku guna setangkai).
  4. Cili padi (ikut suka).
  5. Nestum.

Cara memasak :
  1. Gaulkan udang dengan sedikit black paper dan garam.
  2. Panaskan butter dalam kuali.
  3. Goreng udang sehingga kemerah-merahan.
  4. Angkat dan tuskan.
  5. Panaskan butter dalam kuali.(butter baru).
  6. Tumis daun kari dan cili padi (cili padi di belah dua)
  7. Masukkan udang yang telah di goreng tadi. Gaul rata.
  8. Masukkan nestum (ikut suka banyak mana). Gaul rata dan sebati.
  9. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba!!!

Saturday, July 3, 2010

tak boleh tidur

kenapala mlm ni aku tak boleh nak lelapkan mata.asyik terpusing-pusing atas katil.ke sebab aku dah tertidur petang tadi?ataupun masuk tidur lewat,yakni selepas masa yang sepatutnya aku tidur?..mungkin aku perlu layan internet pada pagi-pagi buta ni baru rasa mengantuk aku datang balik..

Friday, July 2, 2010

Meatballs.(updated)

2/7/10. Teringin nak makan meatball. Bahan2 dah ada dalam peti sejuk. Jadi, aku mengambil keputusan untuk buat sendiri. Senang je. Nilah hasilnya.



Bahan-bahan :
  1. 1 paket daging hancur.
  2. Daun sup.
  3. Bawang.
  4. Bawang putih
  5. Lada sulah
  6. Telur
  7. Garam.
Cara memasak :
  1. Daging hancur dibiarkan lembut.
  2. Daun sup, bawang serta bawang putih di hiris halus.
  3. Gaulkan daging dengan hirisan tadi. Masukkan sedikit lada sulah dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan putih telur. Sebiji cukup rasanya.(tak ingat)
  5. Gaul hingga serata dan sebati.
  6. Bentukkan bulat2. Saiz ikut suka nak kecil atau besar2.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
  8. Hidangkan.
  9. Anda juga boleh letak keju dalam bebola daging.kalau nak..
  10. Selamat mencuba.


Thursday, July 1, 2010

panorama

Gambar ni aku snap pada 29 Jun 2010. Pada pukul 7.30 petang. Masa ni keadaan langit menjadi warna oren. Jarang berlaku kejadian macam ni. Jadi aku pun cepat-cepat capai kamera dan snap.