Sunday, January 20, 2013

Holiday @ Bandung

Assalamualaikum.. Awal bulan Januari lepas aku berkesempatan pergi bercuti ke Bandung selama 5 hari 4 malam. Untung ada tiket tambang murah AirAsia ni.. So, aku nak cerita serba sedikit perjalanan aktiviti aku kat sana..

Hari 1.

Sepatutnya aku bertolak petang, tapi dah tertangguh ke malam pulak. Jadi aku dah rugi banyak masa kat situ. Airasia ni tak sah kalau tak delay.. Aku terbang lebih kurang pukul 9 malam. Penerbangan ke Bandung mengambil masa lebih kurang 2 jam. Lebih kurang pukul 10 malam aku sampai Bandung ( Bandung lewat 1 jam dari Malaysia). Keluar je dari airport, pak supir dah tunggu dengan board nama aku. Terus pergi check in ke hotel. On the way tu singah kfc tapau dinner sebab perut dah lapar. Aku menginap di Hotel Marciella. Bilik standart je Rp220 ribu/malam (Rm68.90). Murah je kan?..


Hari 2

Di Bandung ni langit dah cerah seawal pukul 5 pagi. Sarapan pagi di hotel ni santai jer kat mini cafe. Destinasi pertama pada hari kedua ni adalah ke Tangkuban Perahu. Tempat ni adalah kawah gunung berapi. Cuaca di puncak gunung ni memang sejuk dan angin kencang. Tapi aku releks jer pakai tshirt kt aras tu..hehe Tips kat sini jangan beli cenderahati dgn penjual-penjual  yang asik ikut kita ke mana saje sebab harganya mahal. Pergi situ untuk amek gambar jer sudah.
Destinasi kedua aku ke Sari Ater Hot Spring. Di sini boleh merendam kaki dan mandi di kolam air panas. Ada satu kolam namanya Curug Jodo, orang tempatan cakap kalau nak bertemu jodoh, pergilah mandi dan niat di kolam ni.. Aku tak bawa baju mandi pulak, klu tak dah pasang niat dah..hahaha
Selepas itu aku pergi makan Sate Kelinci. Sedap jugak. Kuah satenya berbeza dgn kuah sate malaysia.
Makan tengah hari pula di Kampung Daun. Tempat ni cantik seperti restoran dalam taman. Tapi sayang tak dapat nak ambil gambar sebab hujan.
Lepas tu aku pergi melawat ke Factory Outlet (FO). Ada banyak FO kt bandung ni.. Ada yang mahal dan ada yang murah. Kena pandai pilih la eh..
Malam pula pergi ke Jalan Cihampelas. Cuci mata jugak tengok baju-baju..
Bila dah letih berjalan aku pergi makan malan di Restoran Sederhana,masakan Padang. Bila dah kenyang balik hotel dan tidur.







Hari 3

Hari ke tiga pula aku ke Pasar Baru. Ni tempat orang perempuan shopping. Murah. memang heaven diorang lah kat sini.. Ada banyak kedai dan ada lapan tingkat. Semua kedai jual benda yang sama. So kena pandai servey dan pandai tawar menawar ok.
Beberapa jam kemudian shopping seluar jeans pula di Toko Tiga.
Lepas tu cuci mata lagi di FO Jalan Dago. Ada satu tempat tu dia jual perfume. Sorry aku tak amek gambar kedai tu.
Aku tak ingat nama satu tempat ni banyak jual casing blackberry. Tapi setakat tengok je lah sebab macam pesen lama jer casingnye..



Hari 4.

Hari ke empat aku ke tempat barang kulit di Chibaduyut. Kat sini pun kena pandai pilih dan tawar menawar.
Kemudian aku ke TransStudio. Tapi tak masuk pun just ambil gambar dan jalan-jalan je.
Lepastu aku ke spa. Di Bandung ni harga spa memang murah gile. Jadi kalu pergi bandung jangan lupa pergi spa..
Lepas 2 jam berspa, aku pergi makan malam di Stone Cafe di Bukit Dago. Kalau di KL tempat ni macam restoran di Look Out Point tu lah.. Boleh tengok view bandar Bandung.



 
Hari 5.

Hari terakhir terus check out pagi. Pergi ke Toko Tiga dan ke Bali Heaven. Lepas tu terus ke airport dan balik ke KL. Mungkin satu hari nanti akan kembali lagi ke Bandung.



So, ni aku nak rekeman korang pak supir aku. Servis dia memang puas hati.
Pak Endang       : +6285352135000 +6285323070009
Hotel Marciella : 002-2041317 022-2041318





Monday, January 14, 2013

Bercuti @ A Famosa Resort



Bulan Disember lepas aku berkesempatan ke A Famosa Resort, Melaka. Aku duduk di apartment. Tempat ni kira oklah untuk bercuti. Apa yang aku boleh buat kesimpulan ialah..apartment mcm dah agak lama. Water park pun dah agak lama. Tengok buruk je dah.. Ombak yang dekat kolam tak best. Ni ada beberapa gambar untuk tatapan umum..