Monday, July 12, 2010

Cheese Cake.


Emmmmm.....nampak sedapkan? Memang sedap pun.hehe Aku adalah seorang penggemar cheese cake. Memang gile la kalau nampak cheese cake ni. Tapi tak la makan selalu menda alah ni..sebab mahal nak beli.. Makan sekali sekala je pun dah kira ok.. Satu hari nanti aku nak try buat kek ni. Resepi dah lama ada, cume tak terbuat je..em...tunggu.... =)

Mood : kekenyangan.baru lepas makan kt Monrod's Kitchen.

Saturday, July 10, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan.

Pada bulan ini iaitu pada 25 Julai merupakan hari ulang tahun perkahwinan aku. Pejam celik sudah dua tahun usia perkahwinan kami. Rasanya baru je aku kahwin. Pantas sungguh masa berlalu..






Picture taken by : Fuad Topa & Idzwan Junaidi
Edited by : Zaidong

Wednesday, July 7, 2010

Resepi Butter Prawn + Nestum


Bahan-bahan :
  1. Udang (klu besar-besar lagi bagus).
  2. Butter.
  3. Daun kari (aku guna setangkai).
  4. Cili padi (ikut suka).
  5. Nestum.

Cara memasak :
  1. Gaulkan udang dengan sedikit black paper dan garam.
  2. Panaskan butter dalam kuali.
  3. Goreng udang sehingga kemerah-merahan.
  4. Angkat dan tuskan.
  5. Panaskan butter dalam kuali.(butter baru).
  6. Tumis daun kari dan cili padi (cili padi di belah dua)
  7. Masukkan udang yang telah di goreng tadi. Gaul rata.
  8. Masukkan nestum (ikut suka banyak mana). Gaul rata dan sebati.
  9. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba!!!