Kali ni aku nak kongsikan satu tips dalam fotografi iaitu teknik backlighting. Teknik ni agak sukar juga nak dipraktikkan. Kena mencuba banyak kali untuk dapatkan hasil yang memuaskan. Bagi teknik ini, kedudukan subjek perlu membelakangi sumber cahaya. Dalam percubaan saya ini sumber cahaya adalah dari cahaya matahari. Peralatan yang saya gunakan ialah D70s + 50mm f1.4. Waktu ketika ini ialah antara pukul 6.40 petang ke 7.00 petang. Teknik ini perlu menggunakan mod Manual (M).
iso 200, f2.2, 1/160, spot metering, +1 exposure.
iso 200, f2.2, 1/125, spot metering, +1 exposure.
iso 640, f2.2, 1/500, spot metering, +1 exposure.
iso 640, f2.2, 1/3200, spot metering, +1 exposure.
No comments:
Post a Comment