Friday, September 30, 2011

Oreo Ice Cream Cheese Cake





Bahan-bahan : 

  1.   2 paket biskut oreo
  2.   200g biskut digestive
  3.   250g philadelphia cream cheese
  4.   100ml Whipped cream
  5.   80g butter
  6.   Susu segar
  7.   Susu pekat
  8.   Gelatin
 

Cara membuat :
  1. Tumbuk biskut digestive sehingga hancur. Ini untuk buat tapak (base) kek. 
  2. Panaskan butter hingga cair. Tuangkan pada biskut tadi dan gaul rata. 
  3. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan ratakan. Pastikan biskut tu padat.                                      * sebelum letak biskut tu, aku letak dulu plastik wrap supaya senang nk keluarkan kek nanti..
  4. Bila dah siap, masukkan ke dalam peti sejuk (beku) selama 30 minit hingga sejam.
  5. Tumbuk biskut oreo. aku guna 1 1/2 paket je..bakinya untuk hiasan.                                                   * aku buat ada yg kasar dan ada yang halus..
  6. Pukul cream cheese hingga lunyai. Guna semua sekali. Pastikan ia dalam keadaan suhu bilik.
  7.  Masukkan susu segar. Sikit je. 1 cawan kecil. Kalau banyak sangat nanti kek jadi lembik. Kacau.
  8. Masukkan 100ml whipped cream. Kacau.
  9. Masukkan susu pekat dalam 1/2 tin. Tapi aku buat tak sampai 1/2 pun.. Kacau
  10. Larutkan 2 @ 3 sudu gelatin dengan sedikit air panas. Masukkan dalam acuan. Kacau.
  11. Masukkan biskut oreo hancur tadi dan gaul rata.
  12. Tuangkan ke dalam loyang.
  13. Untuk hiasan letak baki biskut oreo tadi.
  14. Masukkan ke dalam peti sejuk (beku) 3 hingga 5 jam.
  15. Sebelum nak potong letak dulu kt bahagian bawah peti sejuk bagi dia lembut sikit. Kalau tak nanti keras sangat nak potong..
  16. Sekian dan selamat mencuba.
** Sebenarnya taklah macam Ice Cream pun..aku saje je letak nama tu...hehehehe











Thursday, September 15, 2011

Raya 2011 - four

Kali ni pula kisah jamuan raya opis aku.. Ni bahagian aku jelah... Ada banyak peringkat lg bab jamuan ni... Apa pun masa jamuan ni ada pelbagai perkara yang terjadi.. Ada yg baik dan yg kurang baik.. Walau apa pun, yang baik di jadikan teladan yg buruk pula di jadikan sempadan.. =)



















Monday, September 12, 2011

Tai Lung.

Masa ni Tai Lung baru balik dari boarding. So, mood tidur je kat rumah. Berlakon lebih..





Friday, September 9, 2011

Raya 2011 - three

Ni lagi gambar posing sekeluarga.. Ini keluarga mertua aku. Layanz...





Wednesday, September 7, 2011

Raya 2011 - two

Pada pagi raya kitorang buat family photoshoot. Ni baru sebahagian adik beradik dan anak-anak buah aku yang ada. Yang takde tu dorang beraya rumah mertua dulu. Shoot sekejap je sebab cuaca dah panas..





Monday, September 5, 2011

Raya 2011 - one

Macam biasa bile tiba hari raya, segala persiapan pantas dilaksanakan. Terutamanya juadah atau makanan semasa hari raya.. Selalunya family aku akan masak ketupat, rendang, lodeh dan ayam masak merah. Sambal kacang tu kadang2 je ade.